Followers

Thursday, September 12, 2013

:: Mari Berselawat :: Salam Jumaat ::



Assalamualaikum..

Salam jumaat kepada semua :)
Jumaat, Penghulu hari..
sama-sama la kita berselawat ke atas Nabi s.a.w..
Moga-moga mendapat keberkatan di hari yang mulai ini..
Disini saya kongsikan sedikit info..

Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat

Para Malaikat berjanji, sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:
Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.


Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:

a. Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.

b. Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.

c. Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30 lagi hajat dunia.

d. Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginyadosa selama 80 tahun.


Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”

Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).
.
“Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
.
“Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].
.
” Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).


“Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”


credit to : SELAWAT

Thursday, July 18, 2013

:: REVIEW: nat c mega we care

Assalamualaikum..

hari ni aku nak cte cikit pasal vitamin c natC mega we care..
aku penah makan vitamin ni..
lepas abis vitamin ni, aku try brand lain pulak..
sebab nak tengok dalam banyak-banyak yang mana paling ok..

bagi aku, natC paling besstt..
kenapa?
sebabnya dalam banyak2 tu, natC yang paling nampak kesannya..
nampak kulit tangan cerah..
jerawat pulak dah xde yang bes0rrr, kecik2 je..

aku ni jenis payah nak menjadi kalau makan supplement..
aku makan brand lain, smua x nampak kesan..
membazir pulak rasa..
tapi tak serik2, beli jgak..
tapi natC ni ok la bagi aku..
kat farmasi ada, kat watson pn ada..
boley try g cari..

p/s: kalau makan ikut cara yang betul, Insha ALLAH berkesan.

:: SaLaM RaMaDhaN ::

Assalamualaikum..

selamat berpuasa pada semua..
hari ni dah 10 hari kita berpuasa..
pejam celik pejam celik, dah 10 hari..
kejap je rasa kan2..

tapi aku puasa kat perantauan..kahkah
tak dapat puasa dengan family..
tak dapat makan sedap2 macam kat umah..
hari2 makan kat kedai, bazar, bosan kowt..

teringin sangat nak makan kat umah..
nak makan yang umi masak..
tapi apakan daya..
kena tunggu 2 minggu lagi..

p/s: jangan tinggal puasa oke:)

Sunday, April 14, 2013

:: nat C mega we care atau shaklee::

Assalamualaikum..

Aku tengah confused ni..
nak makan vitamin c yang mane satu..
di sebabkan sekarang ni banyak sangat vitamin c..
bagi cendawan tumbuh selepas hujan..
buat kan aku tak tahu nak pilih yang mane..

aku dah try vitamin nat C and shaklee..
as for me, kalau untuk cerah kan kulit, better ambik nat C..
SHAKLEE pulak untuk repair kulit je..
macam kesan kat aku, lopak dah kurang lepas makan vitamin b, c, e shaklee..

aku bukan nak kulit jadi cerah..
sebab MR. AA cakap jangan ubah kulit asal..
tak pe tak putih pun, asal kan your natural beauty..cewahh..haha
walaupun aku teringin sangat3 nak kulit putih..krik krik

tapi aku tak de la kesah sangat putih ke tak..
sekarang ni fokus aku, nak ilangkan jerawat je dulu..
bila muka dah licin, baru la boleh pertimbagkan kulit putih macam awek korea..krik krik

p/s: sekarang dah tukar pada kaedah tradisional, bedak sejuk!!

Sunday, April 7, 2013

:: bahagia dalam sedih::



Assalamualaikum..



tak tau kenapa tetibe rasa sedih..
dalam hati ni hanya Allah saje yang tahu..
kenapa mesti aku terasa..
sedangkan aku tak ada hak pun..
tapi aku tak dapat menahan hati ini, perasaan ini..
dia bukan milikku lagi..

p/s: semoga awak bahagia, kawan :')


Friday, March 8, 2013

:: Maggi Ketam::



Assalamualaikum..

korang penah x makan maggi ketam?
skang ni aku duk terbayang ketam besor gedebakk..
aduiii, nak makan sangat3..
actually, ari tu aku penah skali g makan maggi ketam tu..
kat area besut..
malam tu kuar gi makan ngan sisters..
nak cari mi sup perut..
tapi kedai tutup pulak..
masa tengah cari2 kedai lain..
jumpa lak kedai maggi ketam kat tepi jalan..
ingatkan ada masakan panas..
rupanya memang ada maggi ketam je..

ketam tu kita boley plih..
nak yang besarrr, sederhana, kecik..
lupa nak snap gambar..
kalo x, bleh gak tengok2 gambar maggi ketam masa tengah mengidam ni..hikhik
xpe, aku letak gambar hiasan je la..
letak banyak2, kasi tliur..










Thursday, March 7, 2013

:: vitamin b, c, e ::

Assalamualaikum..

Dah 3 minggu aku amalkan vitamin b, c, e..
Alhamdulillah, muka aku dah nampak cerah sikit..
xda la cerah sangat, tapi nampak lain la sikit..
kulit aku pun rasa licin, lembut je..
lopak2 kat muka sebelah kanan dah makin rata..
hepi sangat3..
tapi sebelah kiri xnampak kesan lagi..
mungkin sebeb lopak 2 agak dalam..

dulu jerawat besor selalu naik kat muka ni..
then, bila pecah, muka jadik blopak2..
skang ni jerawat kecik je naik, 
lepas 2 dia kecut sendiri..
jadik, parut 2 xda la hitam sangat..
muka pn x blopak..
nak muka cantik, sabor je laa..
dulu xnak jaga, skang ambik kau..
penuh parut kat pipi..

bukan senang nak ilangkan parut..
makan masa bertahun2 jgak ni..
tapi syukur la parut pun dah pudar sikit..
tunggu masa nak ilang je..
cepat2 la kau pergi wahai parut..hikhik

p/s: i'll wait for "it" :)



Thursday, February 28, 2013

:: Terlupa wish bufday ::

Assalamualaikum..

baru aku ingat, aku lupa nak wish bufday seseorang..
ntah kenapa la dengan aku ni..
selalu lupa bufday orang..
ari tu lupa wish bufday umi..
nasib baik akak aku gtaw..
tapi akak aku tak taw yang aku lupa..hik hik

akak: "wehh, bakpe aku col umi x angkat pn..aku nak wish bufday umi ni".
aku: "erkk..aku col pn x angkat gak" (konon2 col)

lepas tu aku cepat2 col umi, tapi memang x angkat pn..
malam tu baru leh borak2 n wish bufday umi..
HAPPY BUFDAY UMI..
SEMOGA UMI PANJANG UMO, MURAH REZEKI :)

ari ni dah 29. 1. 2013..
aku baru je teringat yang bufday kawan aku 20.1...
jahat nye aku sebab lupa bufday dia..
mesti dia terasa ati..
patut la dia ada miscol aku ari tu..
tapi masa tu aku dah tido..
bile bangun tido, aku tak contact dia balik..
aku langsung tak terfikir sal ni..
rasa macam aku la kawan paling teruk..
padahal dia penah jadi kawan yang paling baik..
yang paling aku sayang.. :'(

p/s: maafkan aku :(


:: Sebulan bersama natC ::

Assalamualaikum..

dalam post yang lepas aku ada cite pasal nat C kan..
masih ingat lagi tak??
nat c 1000 mg Mega We Care
ekceli vitamin tu bagus sangat..
yang aku nampak, kulit tangan aku kembali sekata..
dulu agak gelap sebab selalu duk kat panas..
pakai baju lengan panjang dah, tapi kat pergelangan tangan stil trededah kan..
so, kat situ memang agak gelap..
lepas sebulan makan, kulit dah jadi sekata ngan lengan..
memang berkesan..
but vitamin tu agak besar la (for me)..
tiap kali makan tu mesti rasa macam terlekat kat anak tekak..
yang tu tak tahan nye..
but for some people, maybe ok je makan vitamin besar tu..

now, aku dah tukar pada vitamin lain..
vitamin yang lebih kecil..
aku ambik vitamin B, C, E..
nak tengok kesan nye, kene tunggu dalam masa sebulan..
baru betul2 nampak..

and one more thing, aku dah tukar produk muka..
sabun pencuci still guna yang dulu..
but aku dah tak pakai krim siang and krim kunyit (malam)..
sekarang aku just pakai serum je..
pegi kelas memang x pakai apa2, even bedak pun xpkai..
rasa memang x selesa gle..
but kena sabar la..
nak neutral kan balik muka ni..
harap2 berkesan produk tu..
baru pakai 6 ari..hikhik
baru pakai dah sibuk nak cite..huh!

p/s: ada aku kisah?


Saturday, January 26, 2013

:: nat c 1000 mg Mega We Care ::

Assalamualaikum..

ari ni (26/1/2013) aku start makan vitamin c..
nama dia nat c 1000 mg..
cemana aku boleh terfikir nak makan vit c..?
padahal sebelum2 ni aku tak kesah sangat pn..

tapi sekarang ni sume makan vitamin kot..
vit c, vit b-complex..
aku je ketinggalan zaman..
selalu je cenggini..hoho

kak Mr. AA makan vit ni gak..
Mr.AA yang syorkan aku makan vit ni..
so, aku suh la kak Mr. AA tolong belikan..
aku tak tahu pun cengginin rupa vit c tu..
just try je dlu..



Sangat baik untuk : 
- Menghilangkan parut jerawat 
- Melicinkan kulit 
- Mengecutkan jerawat 
- Mencerahkan kulit 
- Kulit nampak glowing 
- Mengatasi masalah kulit kering 
- Mengatasi masalah bibir merekah 
- Mengatasi masalah kulit 
- Melembapkan kulit 
- Menegangkan kulit 
Selain itu, ia juga membantu untuk : 
- Menghilangkan demam selsema 
- Mengatasi masalah resdung 
- Sesuai untuk lelaki dan perempuan ( termasuk perempuan mengandung*) 
* Untuk perempuan mengandung, ia dapat membantu untuk menambahkan susu badan di samping melembabkan kulit    Selain mencantikkan kulit, vitamin c ni sesuai bagi :
~ orang yang mempunyai resdung
~ gusi berdarah
~ org mengandung untuk tambahkan imun dalam badan
~ melawan virus dalam badan
~ Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis
~ Melindungi daripada pembekuan darah, lebam,menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress
~ baik untuk orang yg pernah buat operation kerana vit c mampu memulihkan luka dalam badan
~ dan juga baik untuk perokok

MEMPUNYAI KELULUSAN KKM (MAL20040954XR) 

p/s: aku bukan promote yer, aku share je. sharing is caring :D




:: St. Ives Apricot Brightening Scrub ::

Assalamualaikum..

ari tu kan aku ada cakap yang aku nak beli skrub kan kan kan..
tapi kak aku x bagi kan kan kan..
tadi aku pegi watson kan kan kan..
aku beli St. Ives Apricot Brightening Scrub


ni baru ari first aku pakai (26/1/2013)
kena tunggu lama ckit, baru leh gtaw cemana..
berkesan ke tidak..
harap2 oke la..
sebab muka aku ni sensitip ckit..
x boleh pakai sembarangan..
nanti ada la bendasing naik kat muka aku..

p/s: wait n see ya!


:: Cettua After Sun-Stress Brightening Essence Mask ::

Assalamualaikum..

ari tu aku ada g jalan2 kat watson dengan kak aku..
nak cari skrub..
pastu bila aku gtaw kak aku, dia x kasik aku beli skrub..
katanya membazir je..
"mung beli skrub wat gapo nye?bazir je..baik beli bedak sejuk"
"ah, tak kira..aku nak beli jugak"
"tak payah lah!!" sambil menarik tangan aku..
"kalau tak boleh beli skrub, aku nak beli mask"
"pulak..."
pastu aku dok pilih2 mask yang berkenan..
kak aku tengok aku dengan muka bengis nak makan aku..
macam singa kelaparan..haha

pastu kan aku t'tengok la satu mask ni..
tetibe wase berkenan lak..

Cettua After Sun-Stress Brightening Essence Mask..

sebab masa aku pegi tu, cuaca panas giler..
so aku fikir, best jugak kalau pakai mask ni lepas seharian berpanas..
sampai je  kat umah, aku letak mask tu dalam peti..
bagi dia sejuk dulu..
then, baru aku pakai..
wahhh..bau dia punya la wangi..
bila pakai tu, wase bestt sangattt3..
wase sejuk, nyaman, relax je..
lepas berpanasan, x sia2 pakai mask ni..
muka x wase penat dah.hihi


p/s: cuba la, x mahal pn.. :D




Monday, January 21, 2013

:: satu hari yang malang::

Assalamualaikum..

semalam aku pergi pasar malam..
kat sini memang tiap2 ari ahad n rabu ada pasar malam..
biasa aku pegi jalan kaki je..
sebab aku ni memang sukeee jalan kaki..
amalkan 10 ribu langkah setiap ari..haha

masa on da way 2 kan..
tetibe jalan kat depan tu ada air..
air melimpah sebab ujan lebat kot dua tiga ari ni..
lepas 2 aku n member aku jalan la kat tengah jalan..
sebab kat sebelah tepi tu kan ada air banyak..
ciap ada buaya lagi..haha


bila jalan kat tengah jalan sikit, kete sebelah jalan lalu..
abis air memercik kat seluar..
tau la aku pakai seluar trek je..
tapi x payah la nak simbah air 2..haha
seluar mahal kot..kehkeh
malu kott pegi pasar malam dengan seluar macam tu..

tapi takpe, ari ni ari dia..
esok2, ari aku lak..
nanti aku simbah air sebaldi..
hahahaha..

p/s: buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali!

:: You are my sunshine::





The other night dear, as I lay sleeping
I dreamed I held you in my arms
But when I awoke, dear, I was mistaken
So I hung my head and I cried.

[Chorus]
You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray
You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away

I'll always love you and make you happy,
If you will only say the same.
But if you leave me and love another,
You'll regret it all some day.


p/s: best sangat lagu ni :D

::Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus::

Assalamualaikum..


Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)




credit:facebook UAI