Followers

Friday, March 7, 2014

:: Review: Avail Green-Fit

Assalamualaikum..

dah lame benor tak update blog kannn..
busy memanjang..
hari ni aku nak share satu benda baik punyer..

Avail Green-Fit
actually benda ni untuk membersihkan usus..
untuk cuci segala benda yang ada dalam usus..
macam-macam kita makan..
so, so, benda ni akan cuci/buang benda yang xperlu..
and for sembelit pn boleh..

  • 100% semulajadi
  • tidak berasa sakit perut/cirit birit
  • tidak ada pengawet, perasa, pewarna, gula tiruan
  • tidak mengandungi bahan julap
bahan-bahan:
  • serbuk epal, serbuk gandum, serat kelapa sawit, serbuk rumput gandum, spirulina, klorofil alfafa, aloe vera dll..
fungsi:
  • rambut hitam berseri
  • wajah cerah dan licin
  • kulit ayu dan lembap
  • badan langsing

bagi aku:
rasa sangat sedappp..rasa macam minum jus epal, pekat n x masam sangat..
so, sesuai la untuk orang yang x sukee masam2..
bila dah masuk serbuk 2, kene kacau cepat2 ye,.
kalau tak, nanti jadi ketul2 macam jeli..
tapi bila uolls kacau, ye akan larut dalam air...
lepas minum, rasa kenyang sangat..
make sure minum sebelum tudir ye..
bangun pagi, mesti akan ke tandas n buang segala toksid..
tapi, benda ni takkan buat kita rasa macam cirit-birit..
kalau cirit-birit, letih oii nk ulang alik ke tandas..
kita just rasa sakit perut macam nk b***k *prett prettt prettt
lepas 2 badan rasa ringan je..


haa, tengok..
bukan main pekat lagi air 2..hijau lumut lagi..
but dont worry, rasa nye sangat sedapp..

p/s: selamat mencuba..x rugi cuba benda baik..


Thursday, September 12, 2013

:: Mari Berselawat :: Salam Jumaat ::



Assalamualaikum..

Salam jumaat kepada semua :)
Jumaat, Penghulu hari..
sama-sama la kita berselawat ke atas Nabi s.a.w..
Moga-moga mendapat keberkatan di hari yang mulai ini..
Disini saya kongsikan sedikit info..

Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat

Para Malaikat berjanji, sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:
Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.


Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:

a. Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.

b. Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.

c. Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30 lagi hajat dunia.

d. Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginyadosa selama 80 tahun.


Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”

Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).
.
“Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
.
“Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].
.
” Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).


“Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”


credit to : SELAWAT

Thursday, July 18, 2013

:: REVIEW: nat c mega we care

Assalamualaikum..

hari ni aku nak cte cikit pasal vitamin c natC mega we care..
aku penah makan vitamin ni..
lepas abis vitamin ni, aku try brand lain pulak..
sebab nak tengok dalam banyak-banyak yang mana paling ok..

bagi aku, natC paling besstt..
kenapa?
sebabnya dalam banyak2 tu, natC yang paling nampak kesannya..
nampak kulit tangan cerah..
jerawat pulak dah xde yang bes0rrr, kecik2 je..

aku ni jenis payah nak menjadi kalau makan supplement..
aku makan brand lain, smua x nampak kesan..
membazir pulak rasa..
tapi tak serik2, beli jgak..
tapi natC ni ok la bagi aku..
kat farmasi ada, kat watson pn ada..
boley try g cari..

p/s: kalau makan ikut cara yang betul, Insha ALLAH berkesan.

:: SaLaM RaMaDhaN ::

Assalamualaikum..

selamat berpuasa pada semua..
hari ni dah 10 hari kita berpuasa..
pejam celik pejam celik, dah 10 hari..
kejap je rasa kan2..

tapi aku puasa kat perantauan..kahkah
tak dapat puasa dengan family..
tak dapat makan sedap2 macam kat umah..
hari2 makan kat kedai, bazar, bosan kowt..

teringin sangat nak makan kat umah..
nak makan yang umi masak..
tapi apakan daya..
kena tunggu 2 minggu lagi..

p/s: jangan tinggal puasa oke:)

Sunday, April 14, 2013

:: nat C mega we care atau shaklee::

Assalamualaikum..

Aku tengah confused ni..
nak makan vitamin c yang mane satu..
di sebabkan sekarang ni banyak sangat vitamin c..
bagi cendawan tumbuh selepas hujan..
buat kan aku tak tahu nak pilih yang mane..

aku dah try vitamin nat C and shaklee..
as for me, kalau untuk cerah kan kulit, better ambik nat C..
SHAKLEE pulak untuk repair kulit je..
macam kesan kat aku, lopak dah kurang lepas makan vitamin b, c, e shaklee..

aku bukan nak kulit jadi cerah..
sebab MR. AA cakap jangan ubah kulit asal..
tak pe tak putih pun, asal kan your natural beauty..cewahh..haha
walaupun aku teringin sangat3 nak kulit putih..krik krik

tapi aku tak de la kesah sangat putih ke tak..
sekarang ni fokus aku, nak ilangkan jerawat je dulu..
bila muka dah licin, baru la boleh pertimbagkan kulit putih macam awek korea..krik krik

p/s: sekarang dah tukar pada kaedah tradisional, bedak sejuk!!

Sunday, April 7, 2013

:: bahagia dalam sedih::



Assalamualaikum..



tak tau kenapa tetibe rasa sedih..
dalam hati ni hanya Allah saje yang tahu..
kenapa mesti aku terasa..
sedangkan aku tak ada hak pun..
tapi aku tak dapat menahan hati ini, perasaan ini..
dia bukan milikku lagi..

p/s: semoga awak bahagia, kawan :')


Friday, March 8, 2013

:: Maggi Ketam::



Assalamualaikum..

korang penah x makan maggi ketam?
skang ni aku duk terbayang ketam besor gedebakk..
aduiii, nak makan sangat3..
actually, ari tu aku penah skali g makan maggi ketam tu..
kat area besut..
malam tu kuar gi makan ngan sisters..
nak cari mi sup perut..
tapi kedai tutup pulak..
masa tengah cari2 kedai lain..
jumpa lak kedai maggi ketam kat tepi jalan..
ingatkan ada masakan panas..
rupanya memang ada maggi ketam je..

ketam tu kita boley plih..
nak yang besarrr, sederhana, kecik..
lupa nak snap gambar..
kalo x, bleh gak tengok2 gambar maggi ketam masa tengah mengidam ni..hikhik
xpe, aku letak gambar hiasan je la..
letak banyak2, kasi tliur..